Penyampai RED FM RTM Sarawak meninggal dunia

Foto RTM

KUCHING, 22 September – Penyampai RED FM RTM Kuching, Azrani Azmi, 47, meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di pejabatnya di RTM Sarawak, malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ditemui rakan sekerja kira-kira 8.40 malam terbaring di dalam tandas pejabat.
  • Dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak bagi rawatan kecemasan.
  • Usaha menyelamat termasuk bantuan kecemasan dalam ambulans gagal, kematian disahkan pegawai perubatan HUS.
  • Punca kematian masih belum dikenal pasti; Timbalan Pengarah Penyiaran Nurjihan Yahya menziarahi jenazah di HUS.

Allahyarham ditemukan oleh seorang rakan sekerja pada pukul 8.40 malam dalam keadaan terbaring di dalam tandas sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Segala usaha untuk menyelamatkan Allahyarham termasuk bantuan kecemasan dalam ambulans bagaimanapun tidak berjaya, sebelum kematiannya disahkan pegawai perubatan HUS.

Punca kematian masih belum dikenal pasti.

Turut hadir menziarahi Allahyarham di HUS ialah Timbalan Penyiaran Sarawak, Nurjihan Yahya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.