Tren dijangka lewat susulan kerja naik taraf landasan berkembar Rawang-Ipoh

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 22 September – Kerja-kerja naik taraf yang dijadualkan di laluan Kalumpang, Selangor akan menyebabkan perubahan jadual dan dijangka mengalami kelewatan pada 26 – 27 September dan 3 – 4 Oktober 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerja naik taraf landasan berkembar Rawang-Ipoh dijalankan secara berperingkat sehingga November.
  • Penumpang dinasihatkan merancang perjalanan dan menyemak jadual di laman web KTMB atau aplikasi MyRailtime.
  • Dapatkan bantuan lanjut daripada kakitangan stesen untuk maklumat perjalanan.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi kenyataan memaklumkan, kerja-kerja naik taraf landasan berkembar Rawang-Ipoh itu akan dilakukan secara berperingkat sehingga bulan November.

“Penumpang dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan menyemak jadual di laman sesawang KTMB atau aplikasi MyRailtime atau mendapatkan bantuan lanjut daripada kakitangan stesen.

“Terima kasih atas perhatian dan pemahaman anda,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.