
KATHMANDU, 27 September – Jumlah kematian akibat tanah runtuh dan banjir yang disebabkan oleh hujan lebat berterusan meningkat kepada 10 orang di Nepal, manakala empat lagi masih hilang, kata Pasukan Polis Bersenjata (APF) pada Ahad, lapor Xinhua.
- Beberapa kematian dilaporkan: empat terbunuh di Baglung, dua di Palpa dengan tiga hilang, dan satu terbunuh di Myagdi; seorang lagi hilang.
- Tiga mangsa lagi terbunuh selepas rumah mereka hanyut, manakala 66 rumah hanyut di Parbat, enam di Rupandehi, dan 10 musnah oleh tanah runtuh.
- Operasi menyelamat dan bantuan masih diteruskan, APF berkata angka kerugian sedang dikumpul dan dijangka meningkat kata Netra Bahadur Karki.
Empat ahli keluarga terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Daerah Baglung, manakala dua lagi terbunuh dalam insiden tanah runtuh berasingan di Daerah Palpa, dengan tiga orang masih hilang di daerah itu. Sementara itu, satu kejadian tanah runtuh di Daerah Myagdi mengorbankan seorang mangsa dan menyebabkan seorang lagi hilang.
Dalam pada itu, tiga lagi terkorban selepas rumah mereka hanyut dilanda banjir di daerah lain.
Sekurang-kurangnya 66 rumah hanyut akibat banjir di Daerah Parbat dan enam di Daerah Rupandehi, manakala 10 rumah lagi musnah akibat tanah runtuh di beberapa daerah, kata Jurucakap APF Netra Bahadur Karki kepada Xinhua.
“Kami masih mengumpul data berhubung jumlah kerugian. Angka kerugian dijangka terus meningkat,” kata Karki.
Beliau berkata operasi menyelamat dan bantuan masih diteruskan di kawasan yang terjejas -BERNAMA-XINHUA