TH teliti memorandum NGO, terus laksana baki syor RCI

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 7 Ogos – Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneliti semua pandangan dan cadangan yang dikemukakan dalam memorandum yang diserahkan badan bukan kerajaan (NGO) menerusi Himpunan Aman Solidariti Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) TH yang berlangsung di Menara TH di ibu negara hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • TH menghargai setiap pandangan dan cadangan sebagai manifestasi keprihatinan masyarakat demi memelihara kemaslahatan ummah.
  • TH menyokong tindakan tegas Kerajaan terhadap dapatan RCI dan telah melaksanakan lebih 75 peratus syor.
  • Kedudukan TH kini jauh lebih kukuh berbanding 2018 hasil pemulihan berterusan sejak lapan tahun demi kesejahteraan 9.8 juta pendeposit.

TH dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu bagi membantu organisasi berkenaan melaksanakan penambahbaikan berterusan untuk kesejahteraan 9.8 juta pendeposit.

“TH amat menghargai setiap pandangan dan cadangan yang telah disampaikan. Ini mencerminkan keprihatinan tulus masyarakat dalam mendukung institusi haji negara demi memelihara kemaslahatan ummah,” menurut kenyataan itu.

TH juga menyokong tindakan tegas Kerajaan dalam mengambil tindakan sewajarnya berhubung hasil dapatan RCI yang telah dilaksanakan lebih 75 peratus daripada syor-syor dan akan terus giat melaksanakan baki syor-syor penambahbaikan secara keseluruhan.

“Hasilnya juga dapat dilihat bila mana kedudukan TH hari ini jauh lebih kukuh berbanding tahun 2018 atas usaha pemulihan berterusan sejak lapan tahun lalu,” tambah kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.