Jenazah dua anggota polis diterbangkan ke Kelantan

Kedua-dua jenazah diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu  menggunakan pesawat TUDM/Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 7 Ogos – Jenazah Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim dan Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee diterbangkan ke Kelantan kira-kira pukul 7 malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jenazah diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia
  • Tiga anggota polis maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengalihkan galah besi sepanjang 29 kaki untuk mengait kelapa
  • Balu salah seorang anggota bersama anak mereka turut menaiki penerbangan untuk mengiringi jenazah

Kedua-dua jenazah diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Turut menaiki penerbangan itu ialah balu Allahyarham Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim bersama anak mereka yang akan mengiringi jenazah pulang ke Kelantan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah turut hadir menyaksikan proses penghantaran jenazah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang semalam, tiga anggota polis maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengalihkan galah besi sepanjang 29 kaki yang digunakan untuk mengait kelapa.

Kejadian berlaku di luar Balai Polis Weston berhampiran Sekolah Kebangsaan Weston.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.