Wanita warga emas maut, nahas tiga kenderaan di Tasik Gelugor

Foto hiasan

TASEK GELUGOR, 29 Julai – Seorang wanita warga emas maut, manakala dua lagi terselamat dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kereta di Tasek Gelugor pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.36 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor tiba di lokasi 15 minit kemudian.

Beliau berkata kemalangan tersebut melibatkan tiga mangsa dengan dua daripada mangsa tersepit di bahagian tempat pemandu, manakala seorang lagi selamat.

Salah seorang daripada mangsa yang tersepit telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum Bomba tiba di lokasi. Manakala, mangsa kedua yang tersepit di bahagian pemandu akhirnya berjaya dikeluarkan anggota Bomba, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis dan dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan pada pukul 10.19 pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.