Kempen Internet Selamat perkukuh kesedaran digital generasi muda

Foto BERNAMA

JEMPOL, 26 Julai – ‎Kempen Internet Selamat terus diperkasa bagi meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai penggunaan internet secara berhemah, sekali gus memupuk semangat cintakan negara serta tanggungjawab sebagai warganegara.

‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, program tersebut bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme, malah memberi penekanan terhadap aspek kenegaraan dalam kalangan pelajar sempena bulan kebangsaan.

‎Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) itu menghimpunkan kira-kira 60 pelajar Tingkatan Enam dari sekitar kawasan Bahau, Kuala Pilah dan Jempol.

‎”Saya mengambil peluang itu untuk turut mendengar soalan-soalan dan pandangan daripada anak-anak Tingkatan Enam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program anjuran JaPen menghimpunkan kira-kira 60 pelajar Tingkatan Enam dari Bahau, Kuala Pilah dan Jempol.
  • Pelajar menunjukkan motivasi tinggi serta faham cabaran seperti berita palsu, isu kesihatan mental dan kesan media sosial.
  • Dalam dialog, pelajar mengemukakan persoalan tentang masa depan berdepan lambakan teknologi dan perkembangan Kecerdasan Buatan.
  • Fahmi merakamkan penghargaan kepada JaPen kerana program mampu melahirkan generasi celik digital, berfikiran kritis dan bertanggungjawab.

“Saya lihat rata-rata mereka mempunyai motivasi yang tinggi serta memahami pelbagai cabaran, termasuk berita palsu, isu-isu berkaitan kesihatan mental, dan media sosial.

“Ramai juga yang bertanya tentang masa depan dalam menghadapi lambakan teknologi,” katanya.

‎Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sesi sembang santai program Pentarama X  Kelab Malaysiaku Kempen Internet Selamat di Pejabat Daerah Penerangan Jempol.

‎Dalam sesi dialog itu, pelajar turut mengemukakan pelbagai pandangan dan persoalan berkaitan cabaran semasa termasuk penyebaran berita palsu, kesihatan mental, media sosial serta perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

‎Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JaPen atas penganjuran program yang disifatkan mampu melahirkan generasi muda yang lebih celik digital, berfikiran kritis dan menggunakan internet secara selamat serta bertanggungjawab.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.