Mayat bayi di rumah sampah asrama, penuntut wanita ditahan

Foto Hiasan

SHAH ALAM, 25 Julai – Misteri penemuan mayat bayi yang dibalut kain di sebuah rumah sampah asrama institusi pengajian tinggi di Kuala Langat terjawab apabila polis menahan seorang penuntut wanita bagi membantu siasatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang penuntut wanita berusia belasan tahun ditahan bagi membantu siasatan.
  • Suspek dipercayai ibu kepada bayi dan ditahan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
  • Seksyen 318 memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
  • Orang ramai diminta hubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222 atau hadir ke balai polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, suspek berusia belasan tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira pukul 12:20 tengah hari, semalam.

Menurutnya, suspek dipercayai mempunyai kaitan sebagai ibu kepada bayi berkenaan dan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

“Sekiranya sabit kesalahan, seksyen berkenaan memperuntuk hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan.

Dalam pada itu, Mohd Akmalrizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.