
KUALA LUMPUR, 23 Julai – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan RM48.88 bilion (konvensional) dan RM17.57 bilion (pasaran wang Islam).
- BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM5.0 bilion untuk tempoh tujuh hari.
- Pada 4 petang, BNM akan jalankan tender semalaman konvensional sehingga RM50.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM18.1 bilion.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan berjumlah RM48.88 bilion dalam pasaran konvensional dan RM17.57 bilion dalam pasaran wang Islam.
Bank pusat itu akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM5.0 bilion untuk tujuh hari.
BNM turut mengumumkan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM50.9 bilion serta tender semalaman Murabahah sehingga RM18.1 bilion.- BERNAMA