Malaysia Airports catat 51 juta penumpang pada separuh pertama 2026

Foto RTM

SEPANG, 22 Julai – Malaysia Airports merekodkan 51 juta pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbangnya di Malaysia bagi separuh pertama 2026, meningkat 1.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertumbuhan penumpang antarabangsa 7.7% kepada 27.8 juta, mengimbangi penurunan domestik 4.4% akibat pelarasan kapasiti penerbangan.
  • Jun merekodkan 7.6 juta penumpang; 4.1 juta antarabangsa dan 3.5 juta domestik.
  • Di KLIA, penumpang antarabangsa naik 7.8% kepada 23.4 juta manakala jumlah keseluruhan naik 5.4% kepada 31.7 juta.
  • Rangkaian diperluas dengan lapan laluan baharu pada Jun termasuk Jakarta, Kansai, Lombok, Shanghai dan Padang.

Prestasi didorong pertumbuhan 7.7 peratus penumpang antarabangsa kepada 27.8 juta, sekali gus mengimbangi penyusutan 4.4 peratus pergerakan penumpang domestik susulan pelarasan kapasiti penerbangan oleh syarikat penerbangan.

Pada Jun sahaja, Malaysia Airports mengendalikan 7.6 juta penumpang, terdiri daripada 4.1 juta penumpang antarabangsa dan 3.5 juta penumpang domestik.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pergerakan penumpang antarabangsa meningkat 7.8 peratus kepada 23.4 juta, manakala jumlah keseluruhan penumpang naik 5.4 peratus kepada 31.7 juta.

Sepanjang Jun, Malaysia Airports turut memperluas rangkaian penerbangan menerusi lapan laluan baharu, termasuk ke Jakarta, Kansai, Lombok, Shanghai dan Padang.

Bagi keseluruhan Kumpulan Malaysia Airports termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokçen (ISG), jumlah pergerakan penumpang mencecah 74.8 juta, meningkat 3.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Mohd Izani Ghani berkata, syarikat akan terus memperkukuh hubungan udara dan menyokong rakan syarikat penerbangan bagi merebut peluang pertumbuhan pada masa hadapan meskipun industri penerbangan kini berdepan persekitaran operasi yang mencabar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.