Xisco puji komitmen JDT, personaliti Daniesh

Foto FB Johor Southern Tigers

ISKANDAR PUTERI, 9 September – Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menyifatkan kemenangan besar 10-0 pasukannya ke atas UM-Damansara United malam tadi, sebagai bukti komitmen penuh skuad Harimau Selatan yang terus mempamerkan aksi terbaik sehingga wisel penamat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Xisco memuji persembahan pemain muda Muhammad Daniesh, yang memanfaatkan peluang dengan menjaringkan dua gol.
  • Daniesh menunjukkan kelajuan, pergerakan baik dan kefahaman serangan menerusi hantaran lintang.
  • JDT mara ke suku akhir Piala FA menerusi agregat 14-1 selepas aksi timbal balik pusingan 16.

Pada masa sama, pengendali dari Sepanyol itu memuji persembahan pemain muda tempatan, Muhammad Daniesh yang memanfaatkan peluang diberikan apabila meledak dua gol.

Menurut Xisco, Daniesh memiliki kelajuan dan pergerakan yang baik, selain memahami situasi untuk melakukan serangan menerusi hantaran lintang.

“Paling penting, dia mempunyai personaliti yang baik untuk bermain. Kadang-kadang tidak mudah bagi pemain muda untuk beraksi apabila diserap ke dalam pasukan utama, tetapi pada malam ini, Daniesh membuktikan dia mempunyai personaliti yang tepat,” kata Xisco ketika ditemui selepas tamat perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, di sini.

Kemenangan 10-0 dalam aksi timbal balik pusingan 16 Piala FA malam tadi menyaksikan JDT mara ke suku akhir menerusi agregat 14-1.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.