Nur Aneesa Aira raih emas kata individu remaja wanita di Jordan

Foto FB Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP)

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Atlet karate negara Nur Aneesa Aira Mohamad Affendi melakar kejayaan membanggakan apabila merangkul pingat emas acara kata individu remaja wanita pada Kejohanan Asia Kadet, Junior & U21 2026 di Amman, Jordan hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pada aksi final, menewaskan pencabar Taiwan Chen Po-Jen 4-1; lagu Negaraku dikumandangkan.
  • Pingat gangsa dikongsi Tawfeeq Jude (Kuwait) dan Khalil Habiba (Emiriah Arab Bersatu).
  • Beraksi cemerlang di suku akhir 4-1 ke atas wakil tuan rumah dan separuh akhir 5-0 ke atas peserta Kuwait.

Pada aksi final yang berlangsung di Dewan Prince Hamzah itu, Nur Aneesa Aira mempamerkan ketangkasan luar biasa untuk menewaskan pencabar dari Taiwan Chen Po-Jen dengan keputusan 4-1 bagi memastikan lagu Negaraku berkumandang.

Pingat gangsa dikongsi bersama oleh Tawfeeq Jude dari Kuwait dan Khalil Habiba yang mewakili Emiriah Arab Bersatu.

Terdahulu, atlet pelapis kebangsaan itu beraksi cemerlang pada peringkat suku akhir dengan menyingkirkan wakil tuan rumah 4-1 sebelum mencatatkan kemenangan mutlak 5-0 ke atas peserta Kuwait pada aksi separuh akhir.

Kejohanan berkenaan akan berlangsung sehingga 10 Sept ini. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.