Lelaki maut, tangki helium kilang meletup

Kesan lokasi letupan tangki helium yang mengorbankan seorang lelaki berusia 49 tahun di sebuah kilang barangan lupus/Foto Bomba

KAJANG, 23 Oktober – Seorang lelaki maut selepas mengalami kecederaan parah dalam kejadian letupan tangki helium di sebuah kilang barangan lupus di Persiaran Sungai Chua hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa mengalami kecederaan parah dari pinggang ke bawah serta pendarahan teruk.
  • Mangsa sedang melakukan kerja kimpalan ketika kejadian.
  • Panggilan kecemasan diterima pada 11.53 pagi; jentera bomba tiba pada 12.00 dengan lima anggota.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, mangsa berusia 49 tahun itu mengalami kecederaan parah dari bahagian pinggang hingga ke bawah badan serta pendarahan teruk.

Beliau berkata mangsa yang sedang melakukan kerja kimpalan ketika kejadian disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.53 pagi.

Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang tiba di lokasi pada 12 tengah hari dengan kekuatan lima anggota.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.