Remaja 16 tahun maut motosikal terbabas di LPT2

Foto RTM

KEMAMAN, 23 Oktober – Seorang peniaga buah-buahan berusia 16 tahun maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 289 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai, dekat Kampung Pasir Gajah, di sini, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa disahkan meninggal di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.
  • Siasatan awal menunjukkan motosikal dipercayai hilang kawalan lalu merempuh penghadang di sebelah kiri lebuh raya.
  • Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa, Engku Muhammad Asyraf Aiman Raja Shamsul Nizam, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.

Keadaan itu menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter ke atas jalan.

Mangsa yang berasal dari Kampung Banggol, Pak Awang, Machang, Kelantan, dipercayai dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang, untuk menghadiri satu program bersama beberapa penunggang motosikal lain dalam satu konvoi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu ketika dihubungi.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.