Datuk Amarjit terima Anugerah Kepimpinan Ikon The BrandLaureate

Datuk Amarjit Singh Gill / Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Oktober – Sumbangan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill dalam pembangunan sukan berbasikal mendapat pengiktirafan menerusi Anugerah Kepimpinan Ikon The BrandLaureate bagi Kepimpinan Global dalam Sukan Antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkukuh kedudukan Malaysia dalam kepimpinan sukan berbasikal di peringkat antarabangsa.
  • Menganggap pengiktirafan itu penghargaan kepada persekutuan, atlet, jurulatih dan ramai individu berdedikasi di belakang tabir.
  • Mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama dipilih Naib Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabangsa dan memegang jawatan Presiden ACC.

PKBM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pengiktirafan itu mencerminkan peranan Datuk Amarjit memperkukuh kedudukan Malaysia dalam kepimpinan sukan di peringkat antarabangsa.

Dalam kenyataan sama, PKBM memaklumkan, Datuk Amarjit menyifatkan pengiktirafan itu sebagai penghargaan kepada semua pihak yang bersama-sama menyumbang kepada perkembangan sukan berbasikal di Malaysia, Asia dan peringkat dunia.

“Anugerah ini melambangkan komitmen bersama persekutuan kebangsaan, atlet, jurulatih, pegawai, rakan kerjasama serta ramai individu berdedikasi yang bekerja tanpa mengenal erti penat di belakang tabir,” katanya.

Datuk Amarjit menerima anugerah berkenaan malam tadi daripada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif yang juga Penaung The BrandLaureate, di sini.

Sebelum ini, Datuk Amarjit yang juga seorang peguam mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama dipilih sebagai Naib Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Beliau turut memegang jawatan Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.