Tiada syarikat Malaysia dikesan terbabit pembakaran hutan di Indonesia

Foto AFP

PUTRAJAYA, 23 Oktober – Tiada syarikat Malaysia dikesan terbabit dalam aktiviti pembakaran hutan di Indonesia setakat ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkembangan dikongsi kepada Jemaah Menteri, termasuk pengumuman pihak berkuasa Indonesia mengenai tindakan terhadap 11 syarikat.
  • Malaysia kekal bersedia menawarkan bantuan aset untuk menyokong usaha pemadaman kebakaran jika diperlukan.
  • Perdana Menteri menghargai hubungan diplomatik baik antara Malaysia dan Indonesia serta kesediaan kerjasama.
  • Kementerian Luar dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam masih belum menerima maklum balas penuh daripada Indonesia.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri susulan perkembangan terkini isu jerebu serta pengumuman pihak berkuasa Indonesia mengenai tindakan terhadap 11 syarikat yang dikaitkan dengan aktiviti berkenaan.

Beliau berkata Malaysia kekal bersedia menawarkan bantuan aset bagi menyokong usaha Indonesia memadam kebakaran hutan sekiranya diperlukan.

“Perdana Menteri menyatakan penghargaan terhadap hubungan diplomatik yang baik antara Malaysia dan Indonesia serta kesediaan Malaysia untuk memberikan kerjasama, termasuk melalui penyediaan aset bagi membantu usaha pemadaman kebakaran.

“Malaysia kekal bersedia memberikan bantuan aset sekiranya diperlukan.

“Setakat hari ini, Kementerian Luar dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) masih belum menerima maklum balas penuh daripada pihak Indonesia mengenai bentuk bantuan yang mereka sedia terima,” katanya demikian pada Sidang Media Mingguan di sini, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.