ICRC gesa tindakan segera redakan konflik Yaman-Arab Saudi

Presiden ICRC, Mirjana Spoljaric/ Foto AFP

GENEVA, 9 September – Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) memberi amaran bahawa permusuhan melibatkan Yaman dan Arab Saudi berisiko meluaskan lagi konflik di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden ICRC Mirjana Spoljaric menggesa tindakan segera untuk meredakan permusuhan yang semakin meningkat.
  • Permusuhan boleh memburukkan krisis kemanusiaan, meningkatkan kematian, kecederaan, perpindahan dan gangguan perkhidmatan asas.
  • ICRC berhubung dengan pihak berkaitan dan menuntut pematuhan undang-undang kemanusiaan serta perlindungan infrastruktur penting.

Presiden ICRC Mirjana Spoljaric berkata, langkah segera perlu diambil bagi meredakan permusuhan yang semakin meningkat.

“Peningkatan permusuhan baru-baru ini di Asia Barat yang melibatkan Yaman dan Arab Saudi berisiko menyebabkan konflik di rantau ini terus berkembang.

“Jika tidak dibendung, keadaan itu boleh memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang sudah amat dahsyat dan dihadapi jutaan penduduk,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau bimbang sekiranya pertempuran berterusan, lebih banyak kematian dan kecederaan akan berlaku, selain menyebabkan perpindahan penduduk serta gangguan besar terhadap perkhidmatan dan infrastruktur penting, termasuk perkhidmatan kesihatan, bekalan air, bahan api dan elektrik.

Sehubungan itu, Spoljaric menggesa agar langkah konkrit sentiasa diambil bagi melindungi orang awam serta infrastruktur penting.

ICRC sedang berhubung dengan pihak-pihak berkaitan bagi menekankan kepentingan mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta isu-isu kemanusiaan lain.

Kumpulan Houthi di Yaman mendakwa Arab Saudi melancarkan beberapa siri serangan balas pada Selasa selepas kumpulan yang disokong Iran itu menyasarkan kemudahan minyak dan beberapa lokasi lain, menyebabkan puluhan individu cedera dalam serangan paling dahsyat dalam tempoh beberapa tahun. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.