Rizab antarabangsa berjumlah AS$131.8bil setakat 15 Julai – BNM

Gambar fail

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$131.8 bilion setakat 15 Julai 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rizab mencukupi untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan.
  • Paras rizab bersamaan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
  • Komponen utama: rizab mata wang asing AS$116.4 bilion, rizab IMF AS$1.3 bilion, SDR AS$6.0 bilion.
  • Emas AS$5.8 bilion dan aset rizab lain AS$2.3 bilion turut disenaraikan.

Bank pusat dalam kenyataan berkata paras rizab tersebut memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

”Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$116.4 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$1.3 bilion dan Hak Pengeluaran Khas (SDR) sebanyak AS$6.0 bilion.

”Selain itu, emas berjumlah AS$5.8 bilion dan aset rizab lain AS$2.3 bilion,” jelas BNM.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.