
KUALA LUMPUR, 19 Julai – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh hari ini dimasyhurkan sebagai Presiden Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan pada Majlis Penyampaian Pingat dan Sijil Pengakap Raja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2026.
- Langkah dijangka memperkukuh kepimpinan dan memperkasa hala tuju Persekutuan Pengakap Wilayah Persekutuan.
- Pelantikan dijangka menerajui usaha memperluas pembangunan belia melalui pendidikan bukan formal, aktiviti kesukarelawanan dan pembinaan komuniti.
- TPr. Rosli Nordin dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua untuk memperkukuh kerjasama strategik bersama DBKL.
- Kerjasama fokus kepada pembangunan komuniti, kelestarian bandar, pendidikan alam sekitar dan aktiviti sukarelawan melalui inisiatif LA21.
Pemasyhuran itu dijangka memperkukuh kepimpinan serta memperkasa hala tuju Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berdaya saing dan berjiwa sukarelawan.
Menerusi pelantikan itu, Hannah dijangka menerajui usaha memperluas pembangunan belia melalui pendidikan bukan formal, aktiviti kesukarelawanan serta pembinaan komuniti, selaras aspirasi Malaysia MADANI dan agenda pembangunan Wilayah Persekutuan.
Pada majlis sama, Pengarah Eksekutif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), TPr. Rosli Nordin turut dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pelantikan beliau dijangka memperkukuh kerjasama strategik antara DBKL dan Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan komuniti, kelestarian bandar, pendidikan alam sekitar serta aktiviti kesukarelawanan menerusi inisiatif Local Action 21 (LA21).
Majlis turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud, Ketua Pengakap Negara Mej. Jen. Prof. Datuk Dr. Mohd Zin Bidin serta Ahli Majlis Pengakap Negara, Tan Sri Datuk Dr. Johari Abdul.