KPDN Pulau Pinang rampas 10,190 helai jersi tiruan bernilai lebih RM500,000

Jersi tiruan pelbagai jenama yang dirampas KPDN Pulau Pinang di Nibong Tebal – Foto RTM

NIBONG TEBAL, 15 Julai – 10,190 helai jersi tiruan pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 dirampas dalam serbuan ke atas dua premis di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek menjual jersi secara dalam talian termasuk siaran langsung dan KPDN mengesan aktiviti jualan melalui alamat IP.
  • Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
  • Kes disiasat bawah Akta Cap Dagangan 2019; suspek menggunakan premis lain untuk stor, pembungkusan dan penghantaran.

Jersi berkenaan dipercayai dijual pada harga antara RM35 hingga RM50 sehelai mengikut gred kualiti.

Rampasan dibuat pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang.

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan berkata, hasil siasatan mendapati suspek menjual jersi tersebut secara dalam talian termasuk jualan secara
siaran langsung.

“Dia akan live (bersiaran langsung) dan (dari situ) kita (KPDN) dapat kesan melalui IP. Bila kita datang sini, kita (mengesan) dia di rumah.

“Dia ada premis lain untuk dijadikan tempat stor untuk proses pembungkusan dan penghantaran pesanan,” katanya dalam sidang media di Nibong Tebal.

Kes disiasat bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.