DS Najib diberi pengampunan bersyarat, jalani baki hukuman secara tahanan di rumah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak / Foto fail BERNAMA

PUTRAJAYA, 18 September – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan dibuat pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-64.
  • Pengampunan diberi bersyarat dan tertakluk kepada syarat termasuk pembayaran denda RM50 juta.
  • Sekiranya syarat tidak dipatuhi, pengampunan terbatal dan beliau perlu meneruskan baki hukuman di penjara serta-merta.

Menurut kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada syarat yang ditetapkan, termasuk pembayaran denda RM50 juta.

Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang berlangsung hari ini.

Sekiranya mana-mana syarat tidak dipatuhi, pengampunan itu terbatal dan beliau perlu meneruskan baki hukuman di penjara serta-merta.

Mesyuarat hari ini berlangsung selepas permohonan pengampunannya ditangguhkan pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-63 pada 11 September lalu.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 di Penjara Kajang.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong dan dianggotai Peguam Negara, Menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan serta tiga anggota lain yang dilantik Seri Paduka Baginda.

Mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kuasa pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.