Trump setuju teruskan rundingan dengan Iran

Presiden AS, Donald Trump. / Foto AFP

WASHINGTON, 11 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bersetuju meneruskan rundingan dengan Iran, meskipun menegaskan gencatan senjata antara kedua-dua negara telah berakhir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Qatar terus berusaha sebagai perantara susulan serangan balas antara Washington dan Tehran.
  • Delegasi Qatar di Tehran mengukuhkan perantaraan selepas dakwaan serangan terhadap aset AS dan tanker LNG yang dinafikan Iran.
  • Serangan balas dua hari meningkatkan kebimbangan konflik serantau, walaupun rundingan langsung dan tidak langsung belum menunjukkan kemajuan.

Kenyataan itu dibuat ketika Qatar meneruskan usaha sebagai perantara susulan tindakan Washington dan Tehran yang saling berbalas serangan pada minggu ini.

“Iran meminta kami meneruskan rundingan dan kami bersetuju, namun AS menyatakan dengan sejelas-jelasnya bahawa gencatan senjata sudah berakhir,” menurut Trump menerusi Truth Social pada Jumaat.

Media Iran melaporkan delegasi Qatar berada di Tehran bagi memperkukuh usaha perantaraan selepas Iran mendakwa menyerang aset AS di Qatar.

Doha pula menuduh Tehran menyerang sebuah kapal tangki gas asli cecairnya di Selat Hormuz, namun dakwaan itu dinafikan Iran.

Washington dan Tehran menandatangani perjanjian lebih tiga minggu lalu untuk beralih daripada situasi gencatan senjata kepada keamanan berkekalan.

Bagaimanapun, serangan balas selama dua hari berturut-turut meningkatkan kebimbangan konflik serantau tercetus semula.

Kedua-dua negara sebelum ini mengadakan satu pusingan rundingan langsung di Switzerland serta rundingan tidak langsung di Qatar, namun belum ada tanda kemajuan diplomatik sejak itu. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.