Houthi dakwa lancar serangan ke atas Saudi Aramco

Jurucakap Houthi, Yahya Saree/ AFP

YAMAN, 14 Oktober – Kumpulan Houthi mendakwa melancarkan serangan ke atas kemudahan syarikat minyak Arab Saudi, Saudi Aramco.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jurucakap Yahya Saree berkata operasi berkualiti tinggi menyasarkan Aramco di Dhahran
  • Serangan turut menyasarkan Lapangan Terbang Riyadh dan sebuah kilang penapisan minyak di ibu negara
  • Operasi dilaksanakan menggunakan peluru berpandu balistik, peluru berpandu kruis dan dron
  • Dua pekerja Aramco mengesahkan menara ibu pejabat terkena serangan; tiga tingkat teratas musnah

Jurucakap kumpulan itu, Yahya Saree berkata, pasukannya melaksanakan ‘operasi ketenteraan berkualiti tinggi’ yang menyasarkan Aramco di Dharan.

Beliau berkata, serangan turut menyasarkan Lapangan Terbang Riyadh serta sebuah kilang penapisan minyak di ibu negara berkenaan.

“Operasi ini dilaksanakan menggunakan sejumlah besar peluru berpandu balistikm peluru berpandu kruis dan dron,” katanya menerusi satu siaran video.

Selain itu, Yahya turut menegaskan bahawa operasi ke arah wilayah Arab Saudi akan diteruskan dalam beberapa hari akan datang.

Terdahulu, seorang pegawai Kementerian Tenaga Arab Saudi berkata sebuah bangunan milik Aramco di Dhahran terkena serangan yang mengakibatkan ‘kebakaran kecil’ tanpa sebarang kecederaan atau kematian.

Dhahran menempatkan ibu pejabat Aramco, sebuah kompleks besar yang merangkumi banyak bangunan dan kawasan kediaman.

Sementara itu, dua pekerja syarikat Aramco Saudi turut mengesahkan serangan terbabit.

“Sebuah menara di kompleks ibu pejabat berkenaan terkena serangan pada malam sebelumnya.

“Tiga tingkat teratas sudah musnah,” kata salah seorang pekerja berkenaan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.