1,000 pokok bakau minyak ditanam, lindungi kelestarian alam sekitar

Foto RTM

KEPALA BATAS, 14 Oktober – Program penanaman 1,000 pokok bakau spesies bakau minyak yang ditanam di kawasan paya bakau Sungai Tembus di Kuala Muda, Seberang Perai Utara (SPU) antara usaha dalam melestarikan alam sekitar serta melindungi ekosistem pesisir pantai.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program ini sebahagian tanggungjawab sosial untuk memastikan ekosistem alam semula jadi terpelihara.
  • Penanaman mencerminkan komitmen agensi kerajaan, sektor swasta, komuniti nelayan dan pelajar UiTM.
  • Inisiatif murni untuk memelihara dan memulihara ekosistem sungai sempena Hari Migrasi Burung Sedunia dan Hari Alam Sekitar Negara.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Muhamad Azizun Jaafar berkata, program berkenaan sebahagian tanggungjawab sosial dalam memastikan ekosistem alam semula jadi terpelihara.

Beliau berkata, usaha menanam anak pokok berkenaan mencerminkan komitmen pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, komuniti nelayan dan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam.

“Jadi, pada hari ini, kita bersama-sama dapat melaksanakan program penanaman sebanyak 1,000 pokok bakau.

“Usaha ini merupakan satu inisiatif murni dalam memelihara dan memulihara ekosistem sungai,” katanya selepas Program Penanaman Bersepadu Paya Bakau sempena sambutan Hari Migrasi Burung Sedunia dan Hari Alam Sekitar Negara di Sungai Tembus, Penaga, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.