
PARIS, 11 Julai – Ketidakhadiran Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei, pada upacara pengebumian bapanya, Ayatollah Ali Khamenei, mencetuskan persoalan mengenai tahap kesihatan dan keselamatannya.
- Penganalisis menyatakan ketidakhadiran mungkin akibat kecederaan fizikal atau kebimbangan terhadap ancaman pembunuhan.
- Upacara pengebumian berakhir di Mashhad selepas Ali Khamenei terbunuh dalam serangan udara AS dan Israel pada 28 Februari.
- Tokoh utama Iran seperti Ghalibaf, Mohseni Ejei dan Mostafa Khamenei hadir ke upacara pengebumian.
- Sejak dilantik sebagai pemimpin tertinggi, Mojtaba hanya mengeluarkan kenyataan bertulis tanpa muncul di khalayak ramai.
Bagaimanapun, penganalisis berpandangan ketidakhadiran itu mungkin disebabkan kecederaan fizikal atau kebimbangan terhadap ancaman pembunuhan.
Upacara pengebumian Ali Khamenei berakhir pada Khamis di Mashhad selepas beliau terbunuh dalam serangan udara dilancarkan Amerika Syarikat (AS) dan sekutu rapatnya, Israel ke atas Iran pada 28 Februari.
Tokoh utama Iran hadir, termasuk Speaker Parlimen Mohammad Bagher Ghalibaf, Ketua Badan Kehakiman Gholamhossein Mohseni Ejei dan Mostafa Khamenei.
Namun, Mojtaba tidak kelihatan sepanjang rangkaian upacara itu.
Sejak dilantik sebagai pemimpin tertinggi, beliau hanya berkomunikasi menerusi kenyataan bertulis tanpa tampil di khalayak ramai. – AFP