Thailand lulus RUU Pengampunan

Foto HIASAN

BANGKOK, 8 Julai – Parlimen Thailand telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengampunan yang bakal memberi manfaat kepada hampir 2,000 aktivis politik yang disabitkan kesalahan sepanjang 20 tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • RUU merangkumi tempoh 1 Jan 2005 hingga 16 Jul 2025, menjadikannya pengampunan terbesar dalam sejarah negara.
  • Ia bertujuan mengembalikan hak politik, membolehkan mereka bertanding pilihan raya atau memegang jawatan awam semula.
  • RUU tidak meliputi pesalah rasuah atau pelanggaran undang-undang menghina institusi diraja; kini menunggu perkenan Raja.

RUU ini merangkumi tempoh dari 1 Januari 2005 hingga 16 Julai 2025, menjadikannya pengampunan terbesar dalam sejarah negara itu.

RUU tersebut bertujuan untuk mengembalikan hak politik aktivis, membolehkan mereka bertanding dalam pilihan raya atau memegang jawatan awam semula.

Bagaimanapun, undang-undang berkenaan tidak merangkumi pesalah kes rasuah dan pelanggaran undang-undang menghina institusi diraja.

RUU berkenaan kini hanya memerlukan perkenan Raja Thailand sebelum dikuatkuasakan.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.