Ihsan Food Bank Siswa Johor dipertingkat

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo

SEGAMAT, 17 Oktober -Inisiatif Ihsan Food Bank Siswa Peringkat Negeri Johor dipertingkat menerusi penambahan bantuan meliputi barangan keperluan harian, alat tulis dan barangan penjagaan diri bagi memastikan kebajikan mahasiswa terus terpelihara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Usaha dijangka memberi nilai tambah dalam memastikan kebajikan mahasiswa dan meringankan beban perbelanjaan harian mereka.
  • Inisiatif sulung negara dilaksanakan di UiTM Kampus Segamat dan dirancang diperluas ke kolej kediaman pelajar.
  • Pelaksanaan melibatkan kerjasama KPDN, institusi pendidikan tinggi, sektor swasta dan rakan strategik untuk pengumpulan serta penyaluran sistematik.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, berkata, usaha itu dijangka memberi nilai tambah dalam memastikan kebajikan mahasiswa terus terpelihara, khususnya dalam membantu meringankan beban perbelanjaan harian mereka.

Inisiatif sulung dalam negara itu, membolehkan bantuan diberikan secara menyeluruh, berdasarkan keperluan kampus. Inisiatif kini dilaksanakan di Universiti Teknologi MARA Kampus Segamat, dan dirancang untuk diperluas ke kolej kediaman pelajar,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelaksanaan Ihsan Food Bank Siswa, melibatkan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), sektor swasta, dan rakan strategik, bagi memastikan sumbangan dikumpulkan dan disalurkan secara sistematik.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.