Ziarah MADANI: Ibu tunggal empat anak terima sumbangan PM

Foto Facebook Farhan Fauzi

KUANTAN, 17 Oktober – Nasib seorang ibu tunggal yang memikul tanggungjawab membesarkan empat anak mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi program Ziarah MADANI Indera Mahkota.

RINGKASAN BERITA AI
  • Setiausaha Politik Datuk Ahmad Farhan Fauzi menyerahkan sumbangan serta bakul makanan kepada Rezekini Noramin Ramli di Taman LKNP.
  • Rezekini tidak bekerja dan menanggung empat anak; tiga daripada mereka masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan harian.
  • Bantuan jangka panjang diselaraskan bersama ICU JPM Pahang dan JKM Kuantan untuk meneliti bentuk bantuan susulan serta menyokong persekolahan anak-anak.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi menyerahkan sumbangan serta bakul makanan di kediaman ibu tunggal tersebut, Rezekini Noramin Ramli di Lorong Bukit Setongkol, Taman LKNP di sini.

Beliau berkata inisiatif tersebut dilakukan bagi membantu meringankan beban kewangan dan perbelanjaan isi rumah yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.

“Rezekini yang tidak bekerja, terpaksa berdepan keterbatasan hidup demi menyara anak-anaknya iaitu tiga daripada mereka masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan harian,” katanya.

Selain bantuan segera tersebut, keperluan jangka panjang keluarga Rezekini turut diambil maklum serta diselaraskan bersama Pejabat Pembangunan Negeri (ICU JPM) Pahang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuantan bagi meneliti bentuk bantuan susulan yang bersesuaian.

“Usaha berterusan ini diharapkan dapat memberi sinar harapan baharu, meringankan beban harian serta membolehkan anak-anak beliau meneruskan persekolahan dengan lebih sempurna,” beliau menambah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.