YDP Agong berangkat ke Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-105

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SHAH ALAM, 17 Oktober – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kali Ke-105 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut berangkat sebagai Pro Canselor UiTM.
  • Baginda menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Dr. Roziah Mohd Janor atas jasa sebagai Naib Canselor wanita pertama 2021 hingga 2023.
  • Baginda mengurniakan Anugerah Graduan Terbaik Utama UiTM 2026 kepada 15 penerima cemerlang.
  • Istiadat meraikan kejayaan 32,630 graduan menamatkan pengajian diploma, sarjana muda, sarjana dan pascasiswazah.

Turut berangkat ke istiadat tersebut ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, merangkap Pro Canselor UiTM.

Pada istiadat berkenaan, Sultan Ibrahim yang juga Canselor UiTM berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Dr. Roziah Mohd Janor atas jasa dan sumbangan beliau selaku Naib Canselor wanita pertama UiTM dari tahun 2021 hingga 2023.

Selain itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Graduan Terbaik Utama UiTM Tahun 2026 kepada 15 penerima yang meraih pencapaian cemerlang dalam pengajian masing-masing.

Istiadat Konvokesyen UiTM Kali Ke-105 ini meraikan kejayaan seramai 32,630 graduan yang berjaya menamatkan pengajian pada peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana serta pascasiswazah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.