
SIBU, 5 Julai – Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan di Pusingan P, Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarikei-Sibu, malam tadi.
- JBPM Sarawak sahkan kemalangan libatkan dua kenderaan pacuan empat roda, satu kabin tunggal dan satu kabin berkembar.
- Kenderaan kabin berkembar dinaiki tiga mangsa; seorang tercampak, dua lagi tersepit dalam kenderaan.
- Mangsa yang maut: Vincent Engan Tula, Stevenson Sigau Ujang Satin, Muhammad Saerozi.
- Pemandu kenderaan kabin tunggal, Resty Nyoyew, 40 tahun, mengalami kecederaan ringan; polis menyiasat punca kemalangan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesahkan, insiden itu melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan kabin tunggal dan sebuah lagi kenderaan sama dengan kabin berkembar.
Kenderaan kabin berkembar dinaiki tiga mangsa dengan seorang daripada mereka tercampak keluar, manakala dua lagi tersepit di dalam kenderaan.
Mangsa yang maut ialah Vincent Engan Tula, 33 tahun, Stevenson Sigau Ujang Satin, 20 tahun dan Muhammad Saerozi, 41 tahun.
Sementara itu, pemandu kenderaan kabin tunggal, Resty Nyoyew, 40 tahun, mengalami kecederaan ringan.
Punca kemalangan masih disiasat polis.