14 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 5 pagi

Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 September – Sebanyak 14 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 5 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasir Gudang catat bacaan tertinggi IPU, 165; Batu Pahat kedua dengan 160.
  • Nilai dan Samarahan masing-masing 159, Bukit Rambai 157 menunjukkan pencemaran tinggi di beberapa kawasan.
  • Kota Tinggi 156, Tangkak 154, Port Dickson 149 dan Putrajaya 138 turut berada pada tahap tidak sihat.
  • 26 kawasan merekodkan kualiti sederhana, enam stesen baik; IPU 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat.

Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang, Johor mencatat bacaan tertinggi iaitu 165, diikuti Batu Pahat (160).

Nilai, Negeri Sembilan dan Samarahan, Sarawak masing-masing merekodkan IPU 159, manakala Bukit Rambai, Melaka 157.

Turut berada pada tahap tidak sihat ialah Kota Tinggi (156), Tangkak (154), Port Dickson (149), Putrajaya (138), Alor Gajah (135), Kluang (128), Sri Aman (126), Klang (125) dan Rompin (122).

Pada masa sama, 26 kawasan merekodkan kualiti udara sederhana, antaranya Petaling Jaya (96), Batu Muda di Kuala Lumpur (95), Kuala Selangor (93) dan Indera Mahkota, Kuantan (92).

Enam stesen pula berada pada tahap baik berdasarkan paparan APIMS pada waktu berkenaan.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 berada pada tahap tidak sihat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.