Remaja dirogol bapa kandung hingga hamil

Foto Hiasan/RTM

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Polis mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung kes remaja 17 tahun dirogol ayah kandung.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pegawai perubatan yang merawat menemui remaja itu hamil, mendorong laporan dibuat.
  • Siasatan mendapati suspek, bapa kandung, memaksa mangsa melakukan hubungan seksual sejak umur 12 tahun.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.
  • Suspek ditahan pada 19 Jun dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Fadil Marsus berkata laporan itu dibuat selepas pegawai perubatan yang merawat mendapati remaja tersebut hamil.

Hasil siasatan mendapati mangsa telah dipaksa oleh suspek yang juga bapa kandung untuk melakukan hubungan seksual sejak  berumur 12 tahun.

Kes berkenaan telah disiasat di bawah seksyen 376 (3) kanun keseksaan.

Suspek telah ditahan pada 19 Jun yang lalu dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majisret Putrajaya esok.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.