Tiga warga Myanmar ditahan, bot disyaki guna bubu naga

Foto Maritim Malaysia

IPOH, 12 Oktober – Tiga warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas disyaki melanggar Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 di perairan barat laut Pulau Pasir Hitam, Perak, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bot fiber ditahan kira-kira pukul 10.50 pagi pada kedudukan sekitar 4.3 batu nautika.
  • Bot tiada nombor pendaftaran sah dan disyaki digunakan untuk menangkap ikan menggunakan bubu naga.
  • Kru didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau permit kerja yang sah.
  • Bot dan kru dibawa ke jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, bot fiber yang dinaiki mereka ditahan kira-kira pukul 10.50 pagi pada kedudukan 4.3 batu nautika barat laut pulau berkenaan.

Pemeriksaan mendapati bot itu tidak mempunyai nombor pendaftaran sah dan disyaki digunakan untuk menangkap ikan menggunakan peralatan terlarang, iaitu bubu naga.

Pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga kru warga Myanmar itu juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

Bot bersama semua kru dibawa ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.