
JOHOR BAHRU, 23 Jun – Pengguna kenderaan diesel dapat mengurangkan perbelanjaan bahan api susulan penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter mulai bulan depan.
- Penurunan harga diesel mengurangkan perbelanjaan bahan api pengguna kenderaan diesel.
- Pengusaha lori dan kenderaan pacuan empat roda dapat mengurus modal dengan lebih baik.
- Kos operasi yang lebih rendah membolehkan pengusaha mengekalkan caj lebih berpatutan kepada pelanggan.
- Penurunan itu membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup dan beban pemilik kenderaan.
Seorang pengguna, Muhammad Nazhan Rifqi berkata kadar baharu itu memberi ruang kepada pengusaha kenderaan diesel termasuk lori menguruskan modal dengan lebih baik.
“Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu menanggung kos operasi yang terlalu tinggi untuk menjalankan perniagaan.
“Mereka boleh menguruskan modal dengan lebih baik dan pada masa sama mengekalkan kadar caj yang lebih berpatutan kepada pelanggan,” katanya.
Yam Siew Teng pula menyifatkan penurunan itu dapat membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup.
“Apabila harga diesel turun, sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung rakyat,” katanya.
Seorang lagi pengguna, Ziath berpendapat, kadar lebih rendah itu dapat mengurangkan perbelanjaan pemilik kenderaan diesel.