
MUAR, 8 Jun – Reman terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut membabitkan empat sekeluarga di Jalan Simpang Renggam-Kluang, minggu lalu, disambung dua hari lagi hingga Rabu ini.
- Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Muar untuk membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Suspek sebelum ini direman tiga hari mulai 2 hingga 4 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987.
- Nahas 1 Jun di Km 27 Jalan Renggam-Simpang Renggam menyebabkan empat sekeluarga maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mustaqim Sukarno di Mahkamah Majistret Muar bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan.
Tempoh reman kali kedua terhadap remaja itu yang bermula pada 5 Jun lalu berakhir semalam.
Sebelum ini, suspek direman selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Bagaimanapun, siasatan mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987 masih diteruskan susulan video tular yang memaparkan kenderaan dipandu laju dan melulu sebelum kejadian.
Dalam nahas pada 1 Jun lalu di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut di lokasi kejadian.