Pengasuh didakwa bunuh anak asuhan berusia setahun 11 bulan

Gambar hiasan

SEPANG, 4 Jun – Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan, yang merupakan anak asuhannya, di Puchong bulan lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nama tertuduh Nur Syuhaida Jamalluddin, 33; mangsa Dhiya Falisha Mustaqim; kejadian dilaporkan pada 18 Mei di Apartment Kiambang.
  • Masa kejadian antara 9.31 pagi hingga 11.24 pagi pada 18 Mei.
  • Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, hukuman mati atau penjara 30-40 tahun dan minima 12 sebatan.
  • Tiada pengakuan direkodkan semasa pertuduhan dibacakan; mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 Julai.

Nur Syuhaida Jamalluddin, 33, didakwa membunuh Dhiya Falisha Mustaqim antara 9.31 pagi hingga 11.24 pagi pada 18 Mei lepas di sebuah unit di Apartment Kiambang, Taman Putra Perdana.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarahanim Abdul Halim dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.