
KUALA LUMPUR, 4 Jun – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan sumbangan cek bernilai RM30,000 kepada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK).
- Lawatan Baginda dibuat sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong
- Keberangkatan mencerminkan keprihatinan Institusi Diraja terhadap kebajikan serta akses pendidikan kanak-kanak rentan
- Baginda meluangkan masa menyantuni murid, warga sekolah dan melihat hasil kraftangan murid
- SBJK kini menempatkan 158 murid dari prasekolah hingga sekolah menengah; turut hadir isteri Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan
Sumbangan dikurniakan Raja Zarith Sofiah ketika berangkat mengadakan lawatan, sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Keberangkatan tiba Baginda mencerminkan keprihatinan Institusi Diraja kepada kebajikan serta akses pendidikan kanak-kanak golongan rentan.
Pada lawatan itu, Raja Zarith Sofiah turut berkenan meluangkan masa menyantuni murid dan warga sekolah, selain melihat hasil kraftangan murid.
SBJK kini menempatkan 158 murid daripada peringkat prasekolah hingga sekolah menengah.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.