
GLASGOW, 28 Julai – Perenang para negara, Abdul Halim Mohammad menamatkan saingan di tempat keenam dalam acara akhir 100 meter (m) kuak dada SB9 lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026, hari ini.
- Atlet kelahiran Sabah mencatat masa 1:16.41 pada perlumbaan di Tollcross International Swimming Centre.
- Pingat emas dimenangi Beau Matthews (Australia) 1:09.41; perak Joshua Willmer 1:11.44; gangsa Timothy Hodge 1:12.74.
- Acara renang dan renang para berlangsung enam hari dan akan melabuhkan tirai pada 29 Julai.
Atlet kelahiran Sabah yang meraih lima pingat emas pada Sukan Para ASEAN 2025 itu mencatat masa 1 minit 16.41 saat pada perlumbaan yang berlangsung di Tollcross International Swimming Centre.
Pingat emas dimenangi perenang Australia, Beau Matthews, selepas mencatat masa 1:09.41 saat, manakala wakil New Zealand, Joshua Willmer, meraih pingat perak dengan catatan 1:11.44 saat.
Seorang lagi perenang Australia, Timothy Hodge, melengkapkan kedudukan podium apabila memenangi pingat gangsa menerusi catatan 1:12.74 saat.
Acara renang dan renang para di Sukan Komanwel Glasgow 2026 berlangsung selama enam hari dan akan melabuhkan tirainya pada 29 Julai.- BERNAMA