MetMalaysia: Cuaca baik dijangka iringi proses undi awal PRN Negeri Sembilan

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lakukan persiapan akhir bagi proses undi awal PRN Negeri Sembilan./ BERNAMA

SEREMBAN, 28 Julai – Cuaca di kebanyakan kawasan di Negeri Sembilan diramal baik pada sebelah pagi sempena proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hampir semua daerah dijangka mengalami hujan lebat disertai ribut petir pada sebelah petang.
  • Port Dickson diramal cuaca mendung sepanjang tempoh pagi hingga tengah hari.
  • Proses undi awal melibatkan 22,339 pengundi: 16,884 anggota tentera dan pasangan, 5,455 anggota polis dan pasangan.
  • Sebanyak 38 pusat undi awal dibuka pada pukul 8 pagi; 18 tutup 12 tengah hari, 2 tutup 2 petang, baki 18 tutup 5 petang.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), daerah Seremban, Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Tampin dan Rembau dijangka mengalami cuaca cerah dari pagi hingga tengah hari.

Bagaimanapun, kawasan Port Dickson diramalkan mendung sepanjang tempoh sama.

Pada sebelah petang, hampir semua daerah di negeri itu dijangka mengalami hujan lebat berserta ribut petir.

Proses pengundian awal pada Selasa melibatkan 22,339 pengundi, terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis dan pasangan.

Daripada jumlah itu, 16,884 ialah anggota tentera dan pasangan, manakala 5,455 lagi merupakan anggota polis dan pasangan yang layak mengundi pada PRN kali ini.

Sebanyak 38 pusat mengundi awal akan dibuka serentak pada pukul 8 pagi.

Daripada jumlah itu, 18 pusat mengundi akan ditutup pada 12 tengah hari, dua pusat ditutup pada 2 petang, manakala baki 18 pusat mengundi akan ditutup pada 5 petang.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan pada 5 Jun lalu, manakala hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan ke-16 ditetapkan pada 1 Ogos.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.