PM pertimbang harga mampu milik tiket MADANI F1

Foto FB Anwar Ibrahim

PORT DICKSON, 27 Julai Kerajaan akan mempertimbang harga tiket lebih mampu milik bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat menyaksikan perlumbaan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Oktober ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertimbangan harga MADANI F1 dibuat susulan permintaan orang ramai yang mahu menonton perlumbaan berprestij.
  • Harga tiket kini mengambil kira kadar antarabangsa; tiket paling murah ditawarkan pada RM200.
  • Anwar menjelaskan tiket Madani kemungkinan tempat duduk lebih jauh, bukan untuk duduk di barisan hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertimbangan tiket MADANI F1 itu dibuat susulan permintaan orang ramai yang mahu menonton perlumbaan berprestij berkenaan.

Beliau berkata, harga tiket yang ditawarkan ketika ini mengambil kira kadar antarabangsa, dengan tiket paling murah berharga RM200.

“Orang sudah ramai membeli tiket. Tiket mahal sebab harga antarabangsa. Ada orang tanya, PM ada harga tiket Madani ke? Insha-Allah tetapi jauh sikitlah duduknya, jangan bayar harga tiket Madani tetapi mahu duduk di barisan depan,” jelasnya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian semasa program ramah mesra bersama Pemimpin Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Malaysia dijadual menjadi tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di SIC dari 2 hingga 4 Oktober ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.