Reman ejen hartanah disambung, kes tikam ibu tunggal di Alor Setar

Gambar hiasan

ALOR SETAR, 24 Mei -Tempoh reman seorang ejen hartanah yang dipercayai menikam leher seorang ibu tunggal hingga parah di Alor Setar, Kedah, yang berakhir hari ini, disambung hingga Rabu ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa ibu tunggal, 35, cedera parah di leher, kini sedar dan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyyah.
  • Suspek ejen hartanah, 32, ditahan dalam masa kurang lima jam di kawasan masjid Taman Uda selepas melarikan diri.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan; cemburu atau perasaan tidak berbalas dipercayai motif, siasatan lanjut masih dijalankan.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Alor Setar membenarkan suspek berusia 32 tahun itu direman selama tujuh hari bermula 18 Mei hingga hari ini, bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Syed Basri Syed Ali turut memaklumkan, mangsa yang berusia 35 tahun kini sudah sedar dan berada dalam keadaan stabil.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 9.19 malam, 17 Mei lalu, mangsa cedera dibahagian leher selepas dipercayai ditikam oleh suspek lelaki yang dikenalinya di dalam kereta milik mangsa di hadapan sebuah restoran di jalan Titi Gajah, Kepala Batas,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang berada di tempat duduk pemandu dipercayai ditikam dengan menggunakan senjata tajam dari bahagian kiri leher hingga menembusi sebelah kanan leher.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

Suspek yang melarikan diri sejurus kejadian tersebut berjaya ditahan di kawasan masjid Taman Uda, Alor Setar, dalam tempoh kurang lima jam selepas kejadian.

Kes disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata.

Cemburu atau perasaan tidak berbalas dipercayai menjadi motif utama kejadian.

Siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengena lpasti motif sebenar kejadian tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.