Lebih 500 jemaah sertai Majlis Bacaan Yasin bersempena Hari Keputeraan Rasmi Agong di Masjid Negara

Imam 2 Masjid Negara, Ustaz Hassan Al-Fadhli Abdul Rahman memimpin bacaan Surah Yasin pada Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Masjid Negara hari ini / foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Lebih 500 jemaah menyertai Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Masjid Negara hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bacaan Yasin dipimpin Imam 2 Masjid Negara, Ustaz Hassan Al-Fadhli Abdul Rahman, kemudian diteruskan dengan bacaan doa selamat.
  • Kehadiran pemimpin termasuk Timbalan Menteri Ekonomi, Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama), Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara.
  • Majlis adalah sebahagian daripada acara sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Majlis bermula kira-kira 5.30 petang dengan bacaan Yasin dipimpin Imam 2 Masjid Negara, Ustaz Hassan Al-Fadhli Abdul Rahman sebelum diteruskan dengan bacaan doa selamat.

Turut hadir Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Majlis turut dihadiri pegawai-pegawai kanan pelbagai kementerian dan beberapa kenamaan dari negara-negara lain.

Majlis hari ini merupakan sebahagian daripada acara sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.