
KUALA LUMPUR, 13 Mei – Pusat Mediasi MADANI akan dilancarkan di Kuala Lumpur pada 18 Mei ini sebagai inisiatif kerajaan dalam memperluas akses penyelesaian pertikaian melalui kaedah mediasi kepada rakyat.
- Dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
- Menawarkan perkhidmatan pro bono, termasuk perkhidmatan guaman sukarela dan percuma demi kepentingan awam, serta mediasi komersial.
- Lebih 170 mediator bertauliah akan kendalikan tuntutan di bawah RM250,000 secara percuma.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata pusat berkenaan merupakan inisiatif di bawah kerajaan yang dikendalikan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
Menurut beliau, pusat itu bersifat pro bono, iaitu khidmat profesional termasuk perkhidmatan guaman yang diberikan secara sukarela dan percuma demi kepentingan awam, selain melibatkan mediasi komersial.
“Pada ketika ini, terdapat lebih 170 individu yang berkelayakan sebagai mediator bagi mengendalikan isu-isu melibatkan tuntutan di bawah RM250,000, dan perkhidmatan itu akan disediakan secara percuma,” kata
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mingguan di Angkasapuri, hari ini.
Tambah beliau, pelancaran pusat berkenaan akan disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.