Tiga maut susulan letusan Gunung Dukono

Letusan berlaku sekitar pukul 7.40 pagi waktu tempatan ketika sekumpulan pendaki berada berhampiran puncak gunung. – AFP/BASARNAS

MALUKU UTARA, 8 Mei – Sekurang-kurangnya dua warga Singapura dan seorang pendaki tempatan dilaporkan maut susulan insiden letusan Gunung Dukono di Pulau Halmahera, si sini pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • 20 pendaki dikesan melibatkan sembilan warga Singapura dan 11 penduduk tempatan.
  • Pasukan SAR Basarnas bersama TNI dan Polri menjalankan operasi; 17 dipindahkan, tiga mangsa dilaporkan maut, usaha pencarian masih diteruskan.
  • Operasi sukar disebabkan rupa bumi mencabar, pendedahan kepada abu gunung berapi dan risiko letusan susulan; Dukono aktif hampir berterusan.

Pihak berkuasa memaklumkan kejadian berlaku sekitar pukul 7.40 pagi waktu tempatan ketika sekumpulan pendaki berada berhampiran kawasan puncak gunung berkenaan.

Rakaman video yang tular menunjukkan pendaki dilihat merakam dan menjerit ketika kepulan asap tebal menyelubungi kawasan letusan.

Seramai 20 pendaki sedang dikesan, membabitkan sembilan warga Singapura dan 11 penduduk tempatan. – AFP/BASARNAS

Menurut Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Basarnas Ternate, seramai 20 pendaki sedang dikesan, membabitkan sembilan warga Singapura dan 11 penduduk tempatan wilayah Maluku Utara.

“Pasukan SAR gabungan termasuk Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polis Republik Indonesia (Polri) dan Pos Pengamatan Gunung Dukono masih menjalankan operasi menyelamat,” katanya.

Beliau berkata, semua 17 pendaki telah berjaya dipindahkan, namun tiga lagi mangsa dilaporkan maut berhampiran kawasan puncak, manakala usaha mengesan baki individu masih diteruskan.

Operasi menyelamat turut berdepan cabaran akibat keadaan muka bumi yang sukar – AFP/BASARNAS

Operasi menyelamat turut berdepan cabaran akibat keadaan muka bumi yang sukar, pendedahan kepada abu gunung berapi serta risiko letusan susulan.

Gunung Dukono merupakan antara gunung berapi paling aktif di Indonesia dan telah mengalami aktiviti letusan hampir berterusan selama beberapa dekad. – Viory