Aset rizab rasmi Malaysia AS$126.61 bilion sehingga Mac – BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 30 April – Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$126.61 bilion pada akhir Mac 2026, berbanding AS$128.29 bilion yang direkodkan pada akhir Februari 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Daripada jumlah tersebut, aset mata wang asing lain berjumlah AS$69.0 juta.
  • Aliran keluar jangka pendek yang ditetapkan bagi pinjaman, sekuriti dan deposit adalah AS$9.90 bilion.
  • Kedudukan jualan hadapan bersih jangka pendek negatif AS$23.20 bilion, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
  • Rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab Malaysia pada akhir Mac 2026 kekal boleh guna.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa daripada jumlah tersebut, aset mata wang asing lain adalah berjumlah AS$69.0 juta.

Menurut bank pusat, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah ditetapkan bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing adalah berjumlah AS$9.90 bilion.

“Kedudukan jualan hadapan bersih jangka pendek adalah negatif sebanyak AS$23.20 bilion pada akhir Mac 2026, yang mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” kata BNM.

Sementara itu, unjuran bagi aliran masuk mata wang asing dalam tempoh 12 bulan akan datang dianggarkan berjumlah AS$3.01 bilion.

BNM turut memaklumkan bahawa satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing adalah melibatkan jaminan Kerajaan terhadap hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$846.4 juta.

“Secara keseluruhan, pecahan terperinci rizab antarabangsa mengikut format Standard Penyebaran Data Khas (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Mac 2026 kekal boleh guna,” tambahnya.