Belanjawan 2027 perkasa pembangunan Sabah, Sarawak

Foto hiasan

KOTA KINABALU, 10 Oktober – Peruntukan menerusi Belanjawan 2027 bagi Sabah dan Sarawak diharap dapat mempercepat usaha menangani pelbagai isu berbangkit, khususnya berkaitan penyediaan infrastruktur asas yang masih memerlukan perhatian di kedua-dua negeri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peningkatan peruntukan menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan kepada pembangunan Sabah dan Sarawak.
  • Peruntukan Sabah meningkat kepada RM18.7 bilion berbanding RM17.6 bilion tahun lalu.
  • Peruntukan Sarawak naik kepada RM16.2 bilion berbanding RM15.1 bilion, menyokong inisiatif pembangunan dan operasi.
  • Diharapkan peruntukan dapat menyelesaikan isu berbangkit, khususnya penyediaan infrastruktur asas di kedua-dua negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, peningkatan peruntukan itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam menyokong pembangunan Sabah dan Sarawak.

“Seperti yang kita sedia maklum, peruntukan pembangunan dan operasi bagi Sabah tahun ini berjumlah RM18.7 bilion, meningkat berbanding RM17.6 bilion tahun lalu. Bagi Sarawak pula, peruntukan meningkat kepada RM16.2 bilion berbanding RM15.1 bilion pada tahun sebelumnya.

“Kita berharap peruntukan ini dapat membantu menyelesaikan pelbagai isu berbangkit, khususnya berkaitan penyediaan infrastruktur asas di kedua-dua negeri,” beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jelajah Aku Kasih @ Sabah, dianjurkan Advanced Technology College Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM), Sepanggar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.