El-Sisi tamatkan lawatan negara dua hari ke Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar pulang Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi yang berangkat pada 4.40 petang, hari ini./ BERNAMA

SEPANG, 10 Oktober – Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, menamatkan lawatan negara dua hari ke Malaysia hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kunjungan negara pertama El-Sisi ke Malaysia sejak memegang jawatan Presiden pada Jun 2014.
  • El-Sisi menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Pertukaran empat MoU bagi pemerkasaan wanita, pendidikan tinggi, pelancongan dan pelaburan; Mesyuarat Suruhanjaya Bersama dirancang suku pertama tahun depan.

Beliau berangkat pulang pada pukul 4.40 petang dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lawatan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim itu merupakan kunjungan negara pertama El-Sisi ke Malaysia sejak memegang jawatan Presiden Mesir pada Jun 2014.

Sepanjang lawatan, El-Sisi menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Datuk Seri Anwar di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Pertemuan itu membincangkan perkembangan hubungan Malaysia-Mesir serta usaha memperkukuh kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan sektor lain yang mempunyai kepentingan bersama.

Lawatan berkenaan turut menyaksikan pertukaran empat memorandum persefahaman (MoU) meliputi bidang pemerkasaan wanita, pendidikan tinggi, pelancongan dan pelaburan.

Selain itu, kedua-dua negara bersetuju mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama pada suku pertama tahun depan bagi meneroka peluang kerjasama baharu, termasuk dalam perdagangan, pelaburan dan kesalinghubungan penerbangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.