UniSIRAJ catat perkembangan positif bidang penyelidikan 2025

Foto RTM

SAMARKAND, 10 Oktober – Pencapaian Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) mencatat perkembangan positif dalam bidang penyelidikan sepanjang 2025 menerusi peluasan kerjasama strategik, pengiktirafan kepakaran dan penghasilan penyelidikan yang memberi manfaat kepada institusi serta masyarakat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menjalin lapan kolaborasi penyelidikan antarabangsa, termasuk Universitas Muhammadiyah dan institusi di Palopo serta Tangerang.
  • Mengukuhkan kerjasama kebangsaan dengan UKM, UM, UPSI, USIM dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Memperoleh projek iFatwa bernilai RM220,000 bersama Jabatan Mufti Negeri Perlis, menghubungkan penyelidikan dengan aplikasi praktikal.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara pencapaian utama universiti itu ialah menjalin lapan kolaborasi penyelidikan antarabangsa, khususnya dengan universiti di Indonesia termasuk Universitas Muhammadiyah serta institusi pengajian tinggi di Palopo dan Tangerang.

“Kerjasama ini membuka ruang kepada pertukaran kepakaran, perkongsian ilmu dan pelaksanaan penyelidikan bersama, sekali gus memperluas jaringan
akademik UniSIRAJ di peringkat antarabangsa,” titah baginda.

Di peringkat kebangsaan, UniSIRAJ turut menjalin empat kerjasama strategik dengan institusi akademik dan agensi berkaitan, termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kerjasama itu memperkukuh jaringan universiti dengan institusi pendidikan tinggi dan pemegang taruh, sekali gus menyokong usaha memajukan penyelidikan serta pembangunan ilmu.

Keupayaan UniSIRAJ mengaplikasikan kepakaran akademik dalam penyelesaian praktikal turut dibuktikan menerusi kejayaan memperoleh projek penyelidikan iFatwa bernilai RM220,000 bersama Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Pencapaian itu mencerminkan keupayaan universiti menghasilkan penyelidikan yang memenuhi keperluan institusi dan masyarakat, selain menghubungkan kepakaran akademik dengan aplikasi dalam situasi sebenar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.