Perlis perkukuh jaringan di pentas global

Foto RTM

SAMARKAND, 10 Oktober – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berjaya memperkukuh keterlihatan global negeri Perlis di Uzbekistan dengan menonjolkan potensi pelancongan Islam, gastronomi halal dan kecemerlangan akademik menerusi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama strategik universiti tempatan dengan Islamic Civilization Center in Uzbekistan (ICCU) memperkukuh hubungan pendidikan dan kebudayaan.
  • Perasmian Seminar Warisan Nabawi Antarabangsa 2026 menonjolkan peranan warisan Islam dalam pertukaran akademik dan kebudayaan serantau.
  • Promosi Masakan Perlis di hotel acara dipacu untuk mempromosikan destinasi mesra Muslim dan inovasi pendidikan bernilai tinggi.

“Menerusi kerjasama strategik UniSIRAJ bersama Islamic Civilization Center in Uzbekistan (ICCU) serta perasmian Seminar Warisan Nabawi Antarabangsa 2026 di Samarkand, misi diplomasi tersebut meletakkan Perlis secara strategik sebagai hab inovasi pendidikan bernilai tinggi dan destinasi pelancongan mesra Muslim baru di pentas global, ” demikian titah baginda ketika melancarkan Promosi Masakan Perlis di Hadith Hotel, Samarkand.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, serta anakanda puteri, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.