Malaysia, Mesir pertingkat kerjasama perdagangan dan pelaburan

Foto FB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 10 Oktober – Malaysia dan Mesir bakal mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama pada suku pertama tahun hadapan, seperti yang dipersetujui oleh menteri luar kedua-dua negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan untuk meningkatkan peluang ekonomi bersama.
  • Meningkatkan kesalinghubungan penerbangan untuk memudahkan perdagangan, pelancongan dan hubungan perniagaan.
  • Meneroka sektor baharu seperti semikonduktor, elektrik dan elektronik, pertanian serta farmaseutikal untuk diversifikasi ekonomi.
  • Perdagangan meningkat 74.7% tahun ini tetapi masih berasaskan nilai dagangan yang rendah; Mesir menawarkan peluang besar untuk pengembangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat berkenaan bakal menumpukan usaha untuk memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan, meningkatkan kesalinghubungan penerbangan serta meneroka bidang baharu ekonomi.

“Walaupun perdagangan antara kedua-dua negara mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 74.7 peratus pada tahun ini, pertumbuhan tersebut masih berasaskan nilai perdagangan yang relatif rendah sebelum ini.

“Di bawah kepimpinan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, ekonomi itu menunjukkan perkembangan yang positif. Sebagai sebuah negara penting di dunia Arab dan benua Afrika, Mesir menawarkan peluang besar kepada Malaysia untuk memperluas perdagangan, meningkatkan pelaburan serta meneroka potensi kerjasama dalam sektor pelancongan dan pelbagai bidang lain,” katanya demikian pada sidang media bersama di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Datuk Seri Anwar berkata, Malaysia turut melihat potensi besar untuk memperluas kerjasama dengan Mesir dalam beberapa sektor, termasuk semikonduktor, elektrik dan elektronik (E&E), pertanian serta farmaseutikal.

Tambah beliau, Malaysia turut menyasarkan ekonomi sedang pesat membangun, termasuk negara-negara BRICS, sebagai sumber berpotensi bagi produk
farmaseutikal, dengan Mesir antara negara yang mampu memenuhi keperluan tersebut.

“Kami sedang berusaha mendapatkan bekalan produk farmaseutikal dari negara ekonomi sedang pesat membangun, termasuk negara anggota BRICS. Saya melihat Mesir berpotensi menjadi antara sumber bekalan produk farmaseutikal bagi Malaysia,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.